Lindsey Davis

Lindsey Davis (1949-) adalah seorang pengarang yang berasal dari England, dan terkenal untuk siri cerita detektifnya yang bertajuk Falco, berdasarkan nama watak utamanya, seorang penyiasat peribadi (dalam bahasa Latin, delator) yang bernama Marcus Didus Falco di tamadun Rom semasa kurun ke-1 MS. Siri Falco mengisahkan pengalaman Falco sebagai seorang penyiasat dan ejen perisikan untuk kerajaan Rom, dan ditulis dalam bentuk autobiografinya sendiri, dengan setiap novel bertemakan satu ciri dari sejarah empayar Rom, misalnya novel Rahsia Cincin Tembaga (Venus in Copper) membincangkan perniagaan hartanah di Rome, sementara Falco di Afrika Utara (Two for the Lions) kaya dengan fakta mengenai hidup dan peranan seorang gladiator dalam empayar Rome pra-Kristian.